BENGKEL ASAS VIDEO PENDEK

Aktiviti terkini | 14 Jun 2017

Tempat Aktiviti:
Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah

Tujuan :

Bengkel Asas Video Pendek anjuran PI1M Kg Belimbing & Kg Chawas ini di adakan bertujuan untuk menarik minat orang awam khususnya kakitangan kerajaan untuk menyertai Pertandingan yang di anjurkan oleh pihak SKMM iaitu Pertandingan video pendek “Tidak Pasti, Jangan Kongsi”. Sehubungan dengan itu, bengkel ini dirangka untuk mengajar asas kepada penghasilan video pendek.

Matlamat utama program ini adalah untuk memperkenalkan aplikasi membuat video kepada pengguna dan aktiviti yang dianjurkan juga membantu untuk meningkatkan kemahiran & kreativiti. Kami berharap agar program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan bantuan dan sokongan daripada pihak pengurusan CCMSB.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :