Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Dikatakan pada zaman dahulu seorang Sultan telah berhenti rehat pada sebatang pokok dan tertarik hati melihat buah dari pokok terbabit dan Baginda bertanya kepada para pembesar tentang nama buah pokok tersebut. Para pembesar memberitahu ianya adalah Buah Belimbing. Oleh kerana tersebut Baginda telah menamakan tempat tersebut sebagai Kampung Belimbing.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019


BENGKEL KEUSAHAWANAN PUSAT INTERNET IV

Aktiviti Terkini | 03 & 04 Mei 2019

Bengkel ini membantu para bakal usahawan untuk memulakan perniagaan dari rumah dan memasarkan ke pasaran yang lebih besar dan global...baca selanjutnya

BENGKEL KEUSAHAWANAN PUSAT INTERNET III

Aktiviti Terkini | 06, 13, 20 April 2019

Bengkel Keusahawanan Pusat Internet merupakan salah satu inisiatif pihak Pusat Internet bagi memberi peluang kepada para usahawan untuk memasarkan produk mereka di platform beli belah Shopee...baca selanjutnya

AKTIVITI BERSAMA USAHAWAN HENNA

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2019

Program ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar kepada staff Pusat Internet dan komuniti Kuala Paku....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KDB DI SMK KEMAHANG

Aktiviti Terkini | 13 Mac 2019

Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak PI untuk mengajak para pelajar untuk lebih menggunakan internet secara berhemah...baca selanjutnya

CHEF CILIK BERSAMA TABIKA PERPADUAN

Aktiviti Terkini | 10 Mac 2019

Program ini diadakan untuk membina perkembangan minda yang sihat, melatih tumpuan, tenaga, keyakinan diri dan mencambah kreativiti pelajar dengan tema BELAJAR SAMBIL BERMAIN...baca selanjutnya

BENGKEL KEUSAHAWANAN PUSAT INTERNET II

Aktiviti Terkini | 09, 23 & 29 Mac 2019

Bengkel ini membantu para bakal usahawan untuk memulakan perniagaan dari rumah dan memasarkan ke pasaran yang lebih besar dan global...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KDB DI SMK IPOH

Aktiviti Terkini | 06 Mac 2019

Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran pelajar untuk menggunakan internet secara berhemah....baca selanjutnya

Mini Terrarium Bersama Pelajar Kelas Excellence UPSR

Aktiviti Terkini | 22 Februari 2019

BENGKEL MINI TERRARIUM BERSAMA PELAJAR KELAS EXCELLENCE ini merupakan salah satu inisiatif pihak Pusat Internet bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk membuat mini terrarium disamping mengapplikasikan pelajaran sains dan belajar sambil bermain....baca selanjutnya

Program Advokasi di SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja (1)

Aktiviti Terkini | 09 - 31 Januari 2019

Program Advokasi ini merupakan salah satu inisiatif pihak PI untuk mengajak para pelajar untuk lebih menggunakan internet secara berhemah..baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti