INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti
DAERAHTanah Merah
DUNBukit Panau
MUKIMBelimbing
PARLIMENBukit Panau
NEGERIKelantan

Jumlah penduduk sekitar 1000++ orang

BilSektor PekerjaanPeratus
1Kerajaan30%
2Sendiri20%
3Petani3%
4Swasta47%

Rekreasi & Pelancongan
BUKIT PANAU & MAKAM WALI

Bukit Panau yang terletak di laluan Pasir Mas - Tanah Merah di Kampung Bukit Panau yang berjiran dengan Kampung Sungai Keladi memang gah sejak dulu. Bukit Panau bukan sahaja pernah dijadikan sebuah tempat untuk bertapa, bersuluk, beruzlah dan mengasingkan diri untuk memantapkan lagi tuntutan ilmu kebatinan dan kerohanian. Tetapi Bukit Panau pernah dijadikan sebagai "landmark" bagi pelaut antarabangsa yang mudah diakses dari Laut China Selatan.

Namun, hakikatnya pada tahun 1349 Masihi, Bukit Panau telahpun dijadikan sebagai perkampungan terawal dan pertemuan Wali Songo (Wali Sembilan) untuk memulakan dakwah ke Tanah Jawa, malah terdapat sebuah gua yang terlindung di sebalik pandangan umum itu pernah dijadikan gelanggang persilatan.

Pahlawan besar yang pernah bertapa dan menuntut ilmu kebatinan, kerohanian dan ilmu persilatan sebagaimana yang tercatat dalam lipatan sejarah ialah dikenali“Hang Tuah”. Hang Tuah pernah menuntut ilmu persilatan yang meliputi bidang kebatinan dalam gua Bukit Panau sejak usia awal 1400 tahun dari salah seorang ahlul bait yang juga dari keluarga Rasulullah S.A.W bernama Syed Thananuddin atau masyarakat di situ menggelarkannya sebagai Syeikh Saman atau catatan dalam sejarah dikenali sebagai Adi Putra.

Bahkan Sayed Thananuddin yang merupakan guru Hang Tuah itu adalah adik kepada Syed Hussein Jamadil Kubra yang merupakan Ketua Wali 7 (Tanah Melayu) dan juga Datuk Wali Songo (Indonesia/Jawa). Hakikatnya, Bukit Panau telah dijadikan perkampungan Wali Songo untuk memulakan dakwah ke Tanah Jawa. Dikatakan, asal usul nama negeri “Kelantan” berasal dari tempat itu apabila kumpulan Wali Songo yang diketuai Sunan Bonang datang ke Bukit Panau itu dan apabila kedua-duanya bersalam terbitlah “kilatan” dari arah gua di bukit itu sebanyak tiga kali.

Dari istilah kilatan mewujudkan nama Kelantan dikekalkan sehingga hari ini. Pancaran kilat itu boleh disaksikan di kawasan taman rekreasi tempat Puteri Sa’adong dan Cik Siti Wan Kembang bersemayam dikenali Taman Serendah Sekebun Bunga di Pangkal Kalong (Ketereh, Kota Bharu), Danau To Uban (Pasir Mas) dan di Kampung Pengkalan Kiat (Machang). Bahkan Bukit Panau amat jelas apabila berada di Kampung Pengkalan Kiat ini kerana Bukit Panau itu dipisahkan oleh Sungai Kelantan sejauh kira-kira 600 meter. Sejarah berkenaan luput ditelan zaman disebabkan sikap iri hati pihak British yang memadamkan sejarah tempat itu supaya tidak diketahui oleh generasi yang akan datang.

JEJAK SEJARAH cuba menjejak sebuah makam yang terdapat di puncak Bukit Panau itu. Difahamkan, sebelum ini makam berkenaan tidak diberikan perhatian yang wajar sehingga tidak lagi dianggap sebuah pusara (makam). Kemudiannya, makam itu telah dibaikpulih di mana di sekelilingnya dibina papan yang dicat kuning.

JAMBATAN GUILLERMARD-KUSIAL BHARU (TEMPAT SEJARAH)

Jambatan Guillemard atau juga dikenali dengan nama Jambatan Kursial telah dibina pada tahun 1920 oleh Metro Carriage Wagon & Finance Company Limited, Wednesbury Works England dan telah siap pada tahun 1924. Panjang jambatan ini adalah 609.6 meter. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada tahun 1925. Nama "Guillemard" diambil sempena nama Gabenor British pada masa itu, iaitu Sir Laurence Guillemard. Tujuan utama jambatan ini dibina adalah untuk menyediakan laluan bagi keretapi dan kenderaan-kenderaan lain.

Walau bagaimanapun, pada 12 Disember 1941 jambatan keretapi "Guillemard" ini telah musnah setelah diletupkan oleh tentera British bagi menghalang kemaraan tentera Jepun ke Kuala Krai. Selepas tamat Perang Dunia II, jambatan keretapi ini telah dibaik pulih dan dibuka semula kepada lalulintas pada 7 September 1948. Pembukaan semula jambatan ini telah dirasmikan oleh Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada 7 September 1948.

Pada 1 Februari 1988, setelah pembinaan jambatan baru siap dibina di kawasan berdekatan, Jambatan Guillemard tidak lagi digunakan untuk kenderaan bermotor dan kini ia hanya digunakan oleh Keretapi Tanah Melayu sahaja.

NASI KERABU KAK ZAH


ROTI TEMPAYAN BELIMBING

SENARAI IKS DAN PENIAGA KECIL-KECILAN
BilNama KedaiProduk
1Maju Jaya BundleMenjual barangan preloved
2Garam Bukit AsliMenjual garam bukit
3Kedai Keropok Lekor Losong AirmahMenjual keropok lekor dan pencicah
4Dynaaz Wedding PlannerButik Pengantin
5Kak Zu BridalButik Pengantin
6Ayam Proses Santan SegarMenjual Ayam & Santan
7Zul Pengantin CanopySewa Canopy
8RZ CanopySewa Canopy
9Permata DomesticTempahan frame tingkap, pintu dan kabinet hiasan
10Keropok Lekor Besut DinieMenjual kerpok lekor
11Pusat Mencuci Kereta Kg BelimbingCar wash
12Kedai Keopok Ikan Sejati Sri BelimbingMenjual pelbagai jenis keropok
13Maria Bundle Kak LongMenjual barangan preloved
6Fauziah Perabot handmadeMejual perabut dan menbungkus perabut lama
7Hasnita Beauty & Bridal CollectionButik Pengantin

Lebih kurang 5km dari Pi1M

Nama HomestayAlamatNo. Tel
Norah’s guest houseLot PT7855 Taman teguh, Kg Chat Rimau, Jln Wan Ahmad,17500 Tanah Merah, Kelantan010-9313026
Homestay & Kem Makdis K1M Bukit PanauBangunan Makdis, Jln Wan Yusof, Pokdok Lama, 17500 Tanah Merah, Kelantan019-9123487

Kemudahan Awam
PASAR BESAR TANAH MERAH


STESEN KERETA SEWA @ TEKSI


STESEN KERETAPI TANAH MERAH


TERDAPAT JUGA BANK2 TERKEMUKA SEPERTI MAYBANK, CIMB, AGRO BANK, PUBLIC BANK, BANK MUAMMALAT, TABUNG HAJI, PEJABAT KWSP DAN PREMIS2 KERAJAAN
Pendidikan
SK Belimbing
SMK Belimbing
SK Bukit Panau
Kisah Kejayaan

Nama : Mulianie Yahya
Umur : 32 Tahun
Email : Mieya_lieya@yahoo.com
No. Telefon : 0129221985
Alamat : Kg Belimbing, Tanah Merah, Kelantan
Bentuk perniagaan : Mengambil tempahan untuk kejutan hari jadi dan majlis keraian
FB : https://www.facebook.com/melieya & https://www.facebook.com/Flower-Choco-Bouquet-By-AuraCreative-351226644997056/
Instagram : Id= fcb_by_ac
Whatsapp : 0129221985
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi : Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM150 sahaja sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :-
Melalui kelas usahawan yg di anjurkan majikan dan juga kelas usahawan yg di anjurkan di PEDi melalui usahawan berjaya lain saya mampu menjana jualan sebanyak RM3000 sebulan dan keuntungan juga bertambah kerana terdapat banyak permintaan setalah di promosikan secara meluas di FB dan IG.

Latar belakang :-
Memulakan business secara kecil-kecilan dengan hanya bermodal kan RM100 dan belajar untuk menghasilkan bunga dengan hanya melihat dan mempelajari melalui youtube.

Apa yang dipelajari melalui PEDi :-
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB dan IG
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB
- Mempelajari free cost marketing melalui kelas usahawan yang di anjurkan di PEDi

Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT :-
Bekerja sambil belajar melalui PEDi dan juga kursus yang di anjurkan oleh pihak majikan

Maklum Balas :-
Pihak majikan banyak membantu dengan mengadakan bengkel keusahawanan dan membantu untuk lebih yakin melayani kerenah pelanggan.Dengan bekerja di PEDi juga banyak connection yang boleh dicipta melalui kelas usahawan dan bengkel2 lain.


NASI BUNGKUS POK NOR / NASI TERBANG PAGI

MAKLUMAT SYARIKAT :-
~ Nasi Bungkus Pok Nor atau lebih di kenali sebagai Nasi Terbang Pagi
~ Di usahakan oleh dua beradik iaitu Azrin Mohamad (35) dan Abdul Ghaffar (31), resipi nasi berlauk pelbagai jenis ini adalah resipi turun temurun keluarga Pok Nor yang merupakan tukang masak nasi berlauk yang terkenal di Kelantan, namun di makan oleh penggemar nya di Lembah Klang. Kedengaran seperti tidak masuk akal tetapi inilah kehebatan Nasi Bungkus Pok Nor yang di terbangkan setiap pagi melebihi 500 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
~ Nasi Bungkus Pok Nor di tubuhkan dengan inisiatif adik beradik melalui modal yang diku pul sendiri tanpa pinjaman dari mana- mana pihak. Pada awal nya, nasi ini hanya di jual untuk pasaran dalam negeri iaitu Kelantan. Tetapi oleh kerana mendapat sambutan yang menggalakkan dua beradik ini berani mengambil risiko untuk memasarkan nasi berlauk resipi tradisional bapa mereka untuk di komersialkan ke pasaran yang lebih besar.
~ Mereka menggunakan MAS Kargo untuk penghantaran. Walaupun urusan logistik agak rumit dan membebankan kedua beradik ini mengaku yang pengorbanan mereka berbaloi. Bagi negeri Kelantan Nasi Bungkus Pok Nor dijual melalui gerai-gerai milik ibu tunggal selain daripada egen yang dilantik yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) Kota Bharu dan Machang. Manakala bagi pasaran luar termasuk Lembah Klang, Puchong, Putrajaya dan Shah Alam ia dipasarkan melalui egen-egen kawasan yang dilantik. Selain itu Nasi Bungkus Pok Nor juga bertindak memasarkan nasi ini melalui medium “car boot sales” dan juga bertindak membuka gerai sambil beramal di majlis-majlis kerajaan atau pun NGO.

HARGA :-
~ Dijual disekitar Kelantan dengan harga RM2.50 sebungkus manakala di pasaran Lembah Klang, Putrajaya, Puchong dan Shah Alam RM4.00 kerana kos penghantaran yang menggunakan MAS KARGO.

PRODUK YANG DI TAWARKAN :-
Nasi lauk ikan gulai
Nasi lauk ayam gulai
Nasi lauk ikan keli
Nasi lemak
Nasi beriani
Nasi ayam
Nasi lauk daging paprika
Nasi lauk daging merah
Nasi goring
Nasi dagang
Nasi kerabu

KEUNIKAN :-
~Menggunakan resipi asli Negeri Kelantan dan menyediakan nasi pada awal pagi untuk di terbangkan setiap pagi melebihi 500 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) melalui MAS KARGO ke Kuala Lumpur. Dengan adanya Nasi Bungkus Pok Nor ini memberi peluang pekerjaan kepada wanita yang kebanyakannya ibu tunggal dan warga emas.


Saya biasa nya menjadikan pengusaha dan usahawan sebagai subjek untuk melakukan tugasan suksess stori ini.Tetapi kali ini, saya ingin mengetengahkan cerita tentang seorang mahasiswi yang telah datang ke Pusat Ekonomi Digital Kg Belimbing dan menjadikan Pi1M sebagai pemangkin kejayaan serta tempat untuk mencari idea dan menyelesaikan tugasan atau thesis akhir untuk pengajian nya di Politeknik Sultan Abdul Halim.

Nur Izuatie Binti Yahya atau senang di sapa sebagai Ieyju adalah salah seorang pelanggan tetap Pusat Ekonomi Digital apabila tiba musim cuti semester atau cuti umum. Beliau adalah seorang mahasiswi tahun akhir (telah menamatkan pengajian sekarang) dalam bidang Diploma Kejurteraan Bangunan di Politeknik Sultan Abdul Halim, Kedah. Beliau berumur 22 tahun dan merupakan seorang yang periang serta peramah.

Pada kali pertama beliau datang ke Pusat Ekonomi Digital Kg Belimbing adalah pada awal tahun 2014 kerana telah mengikuti kelas anjuran Pusat Internet iaitu 1 Citizen. Selepas dari hari itu, beliau kerap datang ke Pi1M untuk mengikuti kelas-kelas jangka pendek sempena musim cuti sekolah dan cuti semester antaranya adalah kelas jahitan Felt dan baru-baru ini beliau dan juga seorang lagi rakan telah berjaya menghabiskan modul usahawan yang di anjurkan selama dua hari oleh pihak Pusat Ekonomi Digital. Sebagai mahasiswi, beliau menggunakan kemudahan internet untuk mengakses maklumat daripada laman sesawang yang tersedia. Semua maklumat yang perlukan diperoleh melalui pelbagai carian tertentu. Beliau juga tidak perlu bersusah payah membaca banyak buku untuk mendapatkan informasi itu yang seolah-olah berada di hujung jari saya sahaja. Sebagai remaja pula, beliau dan rakan-rakan sering menggunakan media sosial untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan. Beliau juga boleh meluahkan perasaan tertekan hidup sebagai remaja dan mahasiswi menerusi internet dengan kawan-kawan dengan cara yang berhemah kerana beliau juga pernah menyertai Program Klik Dengan Bijak anjuran Pusat Ekonomi Digital Kg Belimbing.

Pada masa yang sama beliau juga boleh menggunakan internet untuk meningkatkan prestasi peperiksaan. Kini sudah ada banyak portal pendidikan di internet yang memudahkan saya untuk membuat latihan dan memperoleh nota pendidikan dengan mudah sahaja. Belaiu juga menghubungi pensyarah menerusi internet selain menghantar draft tambahan untuk thesis kepada pensyarah untuk disemak . Jelaslah, internet membantu mahasiswa dan pelajar seperti beliau untuk meninggikan pencapaian pendidikan mereka. Selain itu, beliau juga aktif menggunakan perkhidamatan di Pi1M untuk menyiapakan tugasan dan juga mencari carian untuk menyiapkan thesis akhir pengajian beliau. Hampir setiap minggu jika beliau pulang ke kampung, beliau akan datang ke Pi1M untuk melakukan tugasan dan juga menyiapkan thesis pengajian. Beliau biasanya menggunakan internet sebagai media komunikasi, selain itu beliau juga menggunakan internet sebagai media pertukaran data yang mana beliau sering menggunakan email untuk bertukar data dengan rakan-rakan sekuliah disampaing mecari maklumat-maklumat yang diperlukan untuk menyiapakan thesis.

Kesimpulannya, mahasiswi seperti beliau bijak memanfaatkan kewujudan internet secara maksimum. Hal ini bukan sahaja mampu meningkatkan kemahiran seseorang dalam penggunaan teknologi maklumat tetapi turut berupaya menambahkan ilmu dan pengetahuan baru juga. Beliau juga mampu menggunakan kemahiran itu untuk memperoleh sesuatu kejayaan lain pula dalam hidup mereka. Bak kata orang tua-tua “carilah ilmu walaupun sampai ke negeri China” yang membuktikan ilmu itu amat penting dan harus dicari walaupun sukar.


Nur Izuatie (tudung hitam) semasa menghadiri kelas keusahawanan anjuran Pi1M Kg Belimbing


Projek akhir (thesis) beliau iatu “Mesin pengasing biji kekabu” bagi menamatkan pengajian Diploma Kejuruteraan Bangunan di Politeknik Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah

Keusahawanan
REDCHAME TRADING

NAMA SYARIKAT : REDCHAME TRADING
NAMA PEMILIK : ABDUL GHAFFAR BIN MOHAMAD HASSAN
ALAMAT PREMIS : LOT 1873 WISMA AIMAN HADAPAN UITM MACHANG, 18500 MACHANG, KELANTAN
PRODUK : PEMBEKAL PERALATAN SENI LUKIS DAN DESIGN, ALAT TULIS, & PERALATAN BATIK
NO TELEFON : 012-9094552 / 09-9766460
WEBSITE : redchame.com
FB : www.facebook.com/redchame


DYNAA’Z WEDDING PLANNER

NAMA SYARIKAT : DYNA’Z WEDDING PLANNER
NAMA PEMILIK : MUHD ADI BIN MUHD NOR
ALAMAT PREMIS : KG PALOH TANAH MERAH KELANTAN
PRODUK : PERKHIDAMATAN PERKAHWINAN DAN PHOTOGRAFI
NO TELEFON : 014-8222911
WEBSITE : -
FB : dynaa wedding planner
INSTALGRAM : DYNAA_WP


ZAHRA HOMEMADE

NAMA SYARIKAT : ZAHRAHOMEMADE
NAMA PEMILIK : NOR AIZAN AMIR
ALAMAT PREMIS : TANAH MERAH (ONLINE & COD SAHAJA)
PRODUK : BAKERY AND DESSERT
NO TELEFON : 014-5464021
WEBSITE : -
FB : https://www.facebook.com/zahrahomemade